Memori kebudayaan 2009

Memori kebudayaan 2009

Rabu, 27 Januari 2010

KONSERT-KONSERT KELAB KEBUDAYAAN

2007 - Satu konsert bertajuk 'SEPETANG BERSAMA KEBUDAYAAN' telah diadakan.  Sambutan amat-amat menggalakkan.  Hampir 600 orang membanjiri Dewan bestari SM3KB.  konsert yang pertama kalinya diadakan di sekolah..walau pelbagai rintangan, namun konsert berjalan dengan baik.


2008  - konsert ke-2 diadakan selepas konsert 2007 berjaya.  bertemakan ' ZOOM IN WITH KELAB KEBUDAYAAN'.  Konsert yang lebih menarik.. ada band lagi.  Memang best, hampir 700 orang pelajar dan guru datang..dasyhat ...[gambar boleh dilihat pada http://www.smkkkb.blogspot.com/] cari zoom in with kelab kebudayaan.

2010  - Satu lagi konsert gempak bakal diadakan...pada awal April. Konsert kali ini bertajuk ' 1 MALAYSIA' selaras dengan visi Malaysia yang mahu membentuk semangat perpaduan.  pelbagai elemen akan digabungkan, antaranya teater 1 Malaysia.  Nantikan....

Rabu, 20 Mei 2009

Aktiviti-Aktiviti Kelab Kebudayaan SM3KB 2009 & 2010

AKTIVITI   SEPANJANG TAHUN 2009

Dengan ahli kelab seramai 85 orang kami telah menjalankan banyak aktiviti dan menyertai banyak pertandingan di peringkat daerah Hulu Selangor. Kami bukan sekadar menyertai sahaja, tetapi penyertaan kami mendatangkan kemenangan dan memang terbukti kamilah yang terbaik di daerah Hulu Selangor ini. Tahniah diucapkan dan kami akan terus komited dalam usaha murni kami ini..

Antara aktiviti tahunan yang kami jalankan ialah:

1) Persembahan Koir (sempena Mesyuarat Agong PIBG)
2) Persembahan Koir, tarian melayu zapin, tarian cina dan tarian klasikal india pada tarikh 18.4.09 sempena Hari Anugerah Kecermerlangan 2008
3)Pada 29.4.09, kami telah menyertai pertandingan tarian festival SIVIK daerah Hulu Selangor, dan kami telah memenangi tempat pertama. Tahniah kami ucapkan kepada pasukan tarian kami.
4) Seterusnya pada 16.5.2009 kami telah menyertai Pertandigan Tarian Sekolah Menengah Peringkat Daerah Hulu Selangor. Antara acara yang kami sertai ialah, pertandingan Koir, Kompang Formasi, Tarian, Lagu Puisi, dan Teater. Keputusan yg kami terima amat menggembirakan apabila semua acara yang kami masuk memenangi tempat dan tidak pulang dengan tangan kosong. Pertandingan ini diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali.

Keputusannya ialah:
Koir - Menang tanpa bertanding, terus mewakili daerah hulu selangor ke peringkat negeri.
Kompang Formasi - Tempat Ketiga
Tarian - Tempat Pertama Daerah
Tarian 3 bangsa - Johan sempena Karnival Sivik Daerah
Lagu Puisi - Tempat pertama Daerah
Teater - Tempat Ketiga Daerah
Koir - Tempat ke-4 sempena Hari Merdeka Peringkat Negeri Selangor.

Tahniah diucapkan kepad pemenang dan teruskan lagi usaha anda.



AKTIVITI YANG BAKAL DILAKSANAKAN PADA 2010
  • Pada 1 April 2010 - kelab kebudayaan membuat lawatan sambil belajar ke UPSI sempena Konsert Kemuncak Seni pelajar aliran muzik.  37 0rang pelajar mengikuti lawatan tersebut.  Konsert yang dilakukan sangat menarik.

  • Pada 7 April 2010 - kelab kebudayaan taleh mengikuti satu bengkel tarian di UPSI.  Seramai 14 orang pelajar dan 3 guru menyertai bengkel tersebut. tarian yang dipelajar ialah tarian zapin sindang, Sarawak yang diajar oleh 2 orang tenaga pengajar Fakulti Muzik UPSI sempena program BITARA.

  • Pada 14 dan 15 April 2010 - satu bengkel muzik kompang, gamelan dan caklempong telah diadakan selama 2 hari di fakulti Muzik UPSI.  seramai 30 orang pelajar pellbagai kaum telah mengikuti program ini selaras dengan misi '1 MALAYSIA'.  Pelajar-pelajar Cina dan India sangat teruja deengan pembelajaran muzik melayu ini, kerana bagi mereka ini merupakan pengalaman yang sukar didapati oleh bangsa mereka , malah mereka sudah 'jatuh cinta' pada alat muzik tradisional ini.  BAGUS....

Ahad, 12 April 2009

SEJARAH KELAB KEBUDAYAAN SM3KB






     Kelab kebudayaan sm3kb telah menjadi anak angkat kepada Kebudayaan Negeri Selangor sejak tahun 2000. Tarian merupakan produk yang perlu diketengahkan. Antara tarian yang dipelajari dan dipersembahkan ielah Zapin, Inang, Joget dan Asli. selain itu tarian India dan Cina.  Selain itu, kelab ini juga ada memberi pendedahan kepada seni budaya lain seperti koir, kompang, teater dan lagu puisi.  semua aktiviti ini bertujuan untuk memastikan pelajar mengenali budaya negara sendiri dan sekaligus menghargainya.